Thursday, April 1, 2021

Kelebihan dan Khasiat Aloe Vera (Forever Living)

Aloe Vera sebenarnya sudah lama digunakan sebagai bahan perubatan tradisional terutama dalam amalan perubatan Ayurvedic. Terdapat juga beberapa jurnal saintifik yang menunjukkan bahawa aloe vera boleh membantu mengawal kandungan gula dalam badan, mengurangkan lipid dalam kes pesakit diabetes dan hyperlipidemia.

Jom lihat apa 7 sebab aloe vera sesuai untuk diamalkan sebagai minuman harian.

#1 Aloe Vera mengandungi pelbagai vitamin dan mineral

Aloe Vera mengandungi hampir kesemua vitamin yang diperlukan kecuali vitamin D. Amalkan meminum jus Aloe Vera sebagai permulaan dan boleh teruskan untuk mencampurkan jus aloe vera bersama bahan-bahan lain yang mempunyai manfaat seperti jus pic (peach), selasih an sebagainya.

#2 Membantu masalah penghadaman

Mengamalkan jus Aloe Vera secara konsisten membantu dalam mengurangkan masalah susah hadam, sembelit, dan perut berasid/bergas.

#3 Membantu dalam nyahtoksin

Meminum jus aloe vera seawal pagi sebelum makan membantu membuang toksin di dalam badan sekaligus membantu penghadaman perut.

#4 Membantu merawat anemia

Dalam perubatan Ayurveda, Aloe Vera digunakan untuk memperbetulkan sistem penghadaman dan masalah hati, anemia, jaundis, dan sakit berkaitan hempedu.

#5 Bantu menyeimbangkan hormon

Aloe Vera turut digunakan dalam beberapa kaedah perubatan untuk membantu menyembuhkan masalah berkaitan hormon, pankreas, dan limpa.

#6 Bagus untuk rambut dan kulit

Jus Aloe Vera membantu mengekalkan keserian dan kelicinan kulit serta membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga sering digunakan sebagai agen pelembap kulit. Aloe Vera juga bagus dipakai di atas kulit, juga sering digunakan untuk merawat kesan melecur akibat terbakar dan parut.

#7 Bantu tingkatkan imuniti badan

Aloe Vera juga sering diminum bagi membantu menguatkan imuniti badan terutama ketika musim panas dan pertukaran musim. Aloe Vera selamat untuk diminum bersama bahan kesihatan yang lain.

Banyak bukan manfaat Aloe Vera? 

Forever Living merupakan sebuah syarikat pengeluar produk makanan tambahan berasaskan Aloe Vera dan mempunyai ladang Aloe Vera terbesar di Amerika Syarikat. Penghasilan Aloe Vera di kilang dibuat dengan begitu berkualiti.

Jika anda berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Aloe Vera oleh Forever Living, sila hubungi saya melalui link WhatsApp ini: https://foreverlivingaloevera.wasap.my

Produk Aloe Vera Forever Living - Aloe Vera Gel, Aloe Berry Nectar, Aloe Vera Bits N Peaches


Kredit: https://food.ndtv.com/health/7-reasons-to-drink-aloe-vera-juice-everyday-1627032


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen