Monday, September 18, 2017

Bagaimana KWSP boleh bantu kita beli rumah

Bagi yang pertama kali nak beli rumah, pasti pening untuk fikir mana nak korek modal untuk downpayment, kos guaman (loan legal & SPA) dan sebagainya. Jika berharap pada saving, kemungkinan sampai bila pun tidak akan beli rumah kerana adalah normal masyarakat sekarang tidak pandai menyisihkan sedikit amaun dari gaji setiap bulan untuk tabung simpanan.

Untuk yang beralasan panjang sebegini dan telah bekerja lebih 5 tahun (dan mencarum di KWSP) mungkin boleh gunakan kelebihan dana simpanan KWSP di akaun 2. Saya katakan 5 tahun kerana biasanya jika baru bekerja 2-4 tahun, amaun di dalam KWSP akaun 2 biasanya masih terlalu sedikit.

Apa yang KWSP boleh bantu dalam proses membeli rumah?
  1. Mengeluarkan sejumlah wang mengikut kiraan tertentu berdasarkan nilai di dalam SPA (Sales & Purchase Agreement).
  2. Membantu membayar ansuran bulanan seawal selepas membayar ansuran pertama secara sendiri.
  3. Menyelesaikan/mengurangkan baki pinjaman perumahan seawal 12 bulan selepas pengeluaran pertama.
Dengan kemudahan ini, sebenarnya tiada lagi alasan untuk tidak mempunyai rumah. Namun, harga rumah juga harus sepadan dengan jumlah di dalam akaun 2 KSWP anda. Buatlah kira-kira. Sebagai panduan, jika rumah untuk diduduki sendiri seeloknya jangan melebihi 1/3 dari gaji bersih anda (selepas ditolak PCB, Zakat, EPF dan SOCSO). Jika lebih, yang akan merasai bebannya adalah diri sendiri kerana terperangkap dengan komitmen besar.


Bagaimana kiraan KWSP untuk pengeluaran deposit membeli rumah?

Ianya bergantung kepada harga jual di dalam SPA serta tawaran pinjaman bank. Jadi subsales, undercons mungkin berbeza kiraannya. Ada yang kata boleh keluarkan semua - ianya tidak tepat. Berikut contoh kiraan:

Baki KWSP Akaun 2: RM15,000
Harga SPA: RM100,000 (harga beli)
Amaun bank loan: RM90,000 (MOF 90%) + RM3,000 (MRTA)

Kelayakan pengeluaran: (RM100,000-RM90,000) + 10% Harga Beli (RM10,000) = RM20,000
Amaun yang boleh dikeluarkan: RM15,000 sahaja (kerana baki akaun 2 hanya ada RM15,000)

NOTA: Jika bank beri MOF 100%, kelayakan pengeluaran hanyalah 10% harga beli sahaja. Dalam kes contoh ini, hanya RM10,000 sahaja.

Call sahaja KWSP Call Center 03-89226000 untuk mengetahui dokumen apa yang diperlukan untuk dibawa ke pejabat KWSP untuk pengeluaran. Yang penting bawa no akaun & bank statement/buku bank untuk KWSP transfer duit tu nanti.

Jika dokumen tiada sebarang masalah, dalam masa 3 hari bekerja, duit dah masuk. Laju!


Bagaimana nak keluarkan KSWP untuk bayaran ansuran?

Dapatkan surat dari bank di mana kita meminjam. Biasanya bank akan beri "Housing Loan Statement for EPF Withdrawal to pay monthly installment", dan mereka dah ada format yang telah dipersetujui bersama KWSP. Setelah dapat surat ni, ada 2 cara iaitu melalui i-akaun (online) atau datang sahaja ke pejabat KWSP. Saya suka cara terjah sahaja.

Pengeluaran ini boleh dilakukan sebaik sahaja ansuran rumah pertama dibayar sendiri. Dah bayar sendiri ansuran pertama, terus contact bank untuk tujuan ini. Jadi, installment bulanan yang sepatutnya kita bayar pada bank bolehlah disalurkan ke dana tabung simpanan untuk pembelian rumah seterusnya.

Untuk pengetahuan, pengeluaran secara bulanan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank personal kita, dan bukannya akaun pinjaman perumahan.


Bagaimana nak keluarkan KWSP untuk pengurangan pinjaman/penyelesaian pinjaman?

Sejujurnya yang ni saya belum pernah buat. Tetapi pengurangan pinjaman boleh dilakukan banyak kali tetapi anda harus consider kos guaman kerana proses ini adalah sama seperti refinance.

Proses ni boleh dilakukan seawal setahun selepas pengeluaran pertama dibuat. Dan amaun ini akan terus dikreditkan kepada akaun pinjaman. Jadi, terpulang sama ada anda deal dengan bank untuk pengurangan ansuran bulanan atau memendekkan tempoh pinjaman.


Moga posting ini membantu. Tekan follow tanda support ^_^






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen