Tuesday, March 14, 2017

Cara Buka Akaun TH & Daftar Haji Untuk Anak-Anak (2017)

Sebaiknya bila kita bakal menimang cahaya mata, selain persediaan bersalin, keperluan bayi & medical card, antara persediaan lain yang turut perlu diambil perhatian adalah Pendaftaran Haji.

Adalah penting untuk lebih awal bersedia (mengumpul wang dan sebagainya) kerana giliran haji kini telah mencecah tahun 2117 (100 tahun lagi).

Hari ni saya berkesempatan membuka akaun TH di cawangan TH Bandar Baru Bangi dan sekaligus daftar haji untuk kedua-dua anak. Walaupun dah terlewat kerana asyik bertangguh, tapi akhirnya sampai juga. Lebih baik lewat dari tak sampai-sampai 😹

Untuk membuka akaun TH dan mendaftar haji anak-anak, anda perlu bawa dokumen berikut:
  1. MyKAD sendiri (ibu atau bapa).
  2. MyKID anak-anak atau Sijil Lahir.
  3. Seeloknya bawa Buku TH anda untuk kemaskini.
  4. Ingat dalam otak no IC suami/isteri (tak perlu bawa)
  5. Tak perlu bawa anak-anak.
Manakala, borang yang perlu diisi juga agak banyak.

But worry not. Di kawasan mengisi borang, terdapat contoh cara mengisi segala jenis mak nenek borang. Oleh sebab tak biasa, anda mungkin akan berasa sedikit letih dan mudah membuat kesilapan. Di sini saya sertakan sedikit tips untuk mengisi borang:
  1. Ambil masa untuk isi borang, tak perlu laju-laju. (Laju-laju nak pi mana tu..)
  2. Elakkan kesilapan ketika mengisi, jika tersilap jangan potong atau guna liquid paper. Biarkan sahaja atau minta borang lain.
  3. Kesilapan yang tidak dapat diterima adalah seperti anda cross kesilapan atau tulis tebal-tebal untuk cover kesilapan. Kesilapan begini tidak akan diproses di kaunter dan anda akan dikehendaki mengisi semula borang tersebut. Jadi, elakkan kesilapan supaya anda tidak membuang masa.
  4. Mana field yang tak pasti, boleh tanya atau biarkan kosong dahulu.
Kesilapan begini tidak diterima TH dan mereka sangat tegas mengenainya. Jangan risau, staf TH lembut-lembut semuanya. Saya diberitahu ini disebabkan pernah berlakunya pertikaian berkaitan maklumat ketika isi borang. Apa yang diisi akan menjadi bukti sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari.

Lepas dah isi borang, anda boleh ambil nombor. Untuk pembukaan akaun TH dan daftar haji, anda perlu ke Tingkat 1 (naik tangga).

Tak sampai 5 minit, nombor saya dah dipanggil dan disambut mesra oleh staf TH.
  • Mula-mula staf TH update details tentang saya dahulu. Tanpa diminta, dia juga memberikan saya ID untuk saya download aplikasi THijari berserta Panduannya. Kalau dah ada aplikasi ni, lepas ni dah tak perlu ke TH kalau nak kemaskini info. iPhone pun boleh download.


  • Kemudian, barulah staf TH proses borang anak-anak saya pula. Untuk buka akaun TH, hanya perlu RM10 sahaja. Jika nak daftar haji, perlu depositkan minima RM1300 bagi setiap akaun.
  • Selesai daftar, saya dapat 2 tabung haji bentuk replika Bangunan Tabung Haji tu.

P/S: Jangan marah saya kalau ada yang tak dapat. Maybe depends pada branch atau stock availabilility 😹

Hasilnya, anak-anak dapat giliran haji tahun 2117. Lagi 100 tahun. Huhu. Lama betul.
Apa pun, lebih baik lambat dari langsung tak mendaftar.

6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Klu tak bawa sijil lahir boleh ke buka acc

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh.dkt tmpt sy lgkawi ni mcm2 sgt. bla dh bwk sijil lahir apa semua,diorg mtk pass kerja ibu/bapa. pelik2 btul. mcm susah sgt pulak nk buka akaun utk anak.

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan komen