Monday, December 5, 2016

Penyambungan Baru Meter TNB

Baru-baru ini saya telah selesai membeli sebuah rumah apartment kos sederhana sebagai permulaan untuk menjadi tuan rumah sewa. Setelah segala disbursement selesai, barulah saya memulakan plan untuk penukaran nama. Saya ikut nasihat Tuan Shafie Bustan, jangan buat sebarang modifikasi kepada rumah selagi loan tak disburse. Mana tahu tiba-tiba owner nak tarik diri, dan agreement dah melebihi tempoh, rugi saja nanti burn segala deposit dan lawyer fee, rumah pun tak dapat, duit modifikasi pun hangus.

Oleh sebab saya merancang untuk membuat renovation yang agak major, dah semestinya memerlukan elektrik untuk semua itu. Selepas confirmed dengan owner yang beliau sudah pun membuat pemotongan seminggu lepas, saya pun ke TNB Bangi yang lokasinya berada di Seksyen 13, belakang kilang Hitachi.

Saya datang sekitar jam 1 petang (lunch time) dan parking agak banyak. Saya terus ke kaunter yang betul-betul berada di pintu masuk untuk ambil nombor.

Berikut adalah dokumen yang saya bawa:
  1. Salinan S&P (wajib ada page setem hasil & alamat rumah) dan Dokumen Asal untuk pemeriksaan;
  2. Salinan IC (hitam putih);
  3. Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik (klik sini);
  4. Printout scanned bil TNB terakhir dari akaun owner sebelumnya (diperolehi dari lawyer S&P).
Sebelum ni dah survey pengalaman blogger, nampak macam simple sahaja. Tapi kes saya kali ni agak leceh. 

Semasa berada di kaunter, saya beritahu nak buat permohonan sambungan bekalan elektrik. Tetapi pegawai di situ meminta confirmation daripada saya sama ada meter dah cabut ke belum. Saya kata saya tak pasti tapi owner lama dah terima surat pemotongan seminggu lebih yang lepas. Kata pegawai tersebut, akaun owner itu masih belum ditutup sepenuhnya kerana nama owner masih ada dalam sistem. Sehingga saya terpaksa ganggu owner lama yang sedang bercuti di kampung untuk bertanyakan hal tersebut, tetapi dia pun tak pasti sama ada meter tu dah ditanggalkan ke belum. Selain daripada tu, pegawai tu juga mintak snapshot meter TNB, yang mana saya memang tiada info tersebut.

Kemudian, saya dinasihatkan untuk bertemu pegawai lain di bilik lain pada pukul 2 petang. Ketika itu jam baru je menunjukkan 1:30 petang. Alahai, saya ni bukan jenis yang suka menunggu. Perut pula lapar tapi saya lebih suka selesaikan kerja dahulu. Jadi, saya terus decide untuk ke apartment tersebut untuk check meter TNB, mana tahu boleh mudahkan urusan.

Selama ni saya sangka meter TNB berada di luar pintu. Rupanya meter TNB di apartment tu ada kat bilik riser. Untuk pengetahuan, management office developer untuk apartment ni tidak wujud, mereka cuma lantik seorang wakil je, yang mana wakil ni pun penduduk di situ juga. Wakil ni pula saya tak dapat hubungi, jadi saya tak dapat nak pastikan di mana lokasi bilik riser.

Sekembali saya ke TNB Bangi, saya terus menghala ke bilik pegawai tersebut, tapi ramai juga yang dan queue menunggu. Selepas jumpa, pegawai ni kata saya boleh je proceed buat penyambungan meter baru walaupun akaun owner asal masih pending closure. Saya pun ambil nombor dan pergi ke kaunter yang sama. Kemudian pegawai di kaunter masih mempersoalkan account closure owner lama. Pegawai tu siap call technician yang in-charge kawasan tu untuk confirmkan sama ada mereka ada buat meter removal untuk unit apartment saya tapi masih tak dapat kata putus. Kemudiannya dia meminta saya ke kaunter lain pula.

Selepas saya ke kaunter lain, persoalan meter masih ditanya. Saya terangkan saya tak dapat nak check meter sebab ia berada di bilik khas dan saya takde access ke bilik tersebut. Akhirnya ada pegawai lain muncul dan saya mengikut beliau ke biliknya pula. Katanya, meter dah dicabut. Dia check pending bills, dan print report tersebut. Kemudian saya diminta ke kaunter tadi.

Lepas kat kaunter tu, pegawai tu kata tak boleh buat penyambungan baru selagi account lama tak close. Haha, boleh tak korang bayangkan betapa peningnya saya? Sekejap kata dah cabut, sekejap belum. Katanya pegawai tadi tu silap. Pegawai tadi muncul dan mereka berdua berbincang. Sebenarnya memang account tu belum closed dan meter belum dicabut. Meter itu perlu dicabut barulah saya boleh buat penyambungan baru. Mereka beri saya pilihan sama ada nak datang semula atau bayar sekarang, tapi belum boleh dapat resit.

Oleh sebab saya taknak double job, saya pun bayar jelah. RM183.20 je pun. Pegawai tu kata nanti dia akan berikan resit semasa pasang meter tu nanti. Dalam masa 7 hari, electricity akan up. Apa pun saya kena tuntut resit tu nanti sebab ia berguna untuk sebarang claim atau LHDN audit jika saya nak jual semula apartment tu nanti. Overall, saya spent lebih kurang 2 jam setengah, kes dikira tidak selesai sepenuhnya.

Selepas ni nak kena setelkan penukaran untuk cukai pintu dan SYABAS pula!

1 comment:

  1. Ada x kos disbursment yang perlu dibayar kepada kontraktor tnb yang dilantik selain rm183.00 tersebut?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen