Wednesday, May 25, 2016

Cara mendapatkan rekod CCRIS & CTOS

Sekiranya anda pernah berhutang, dan hutang anda melibatkan bank atau mana-mana institusi kewangan di Malaysia, bermakna nama anda akan tersenarai di dalam CCRIS. Tidak kiralah pembayaran anda bagus ataupun selalu lapse, Bank Negara akan menyenaraikan anda di dalam CCRIS. CCRIS tu sendiri bermaksud Central Credit Reference Information System. 

Informasi CCRIS akan digunakan oleh pihak lain (selalunya bank) untuk memeriksa rekod pembayaran anda sekiranya ada memohon pinjaman seperti pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya.

Sekarang ni ada banyak skim bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan umpamanya MyDeposit, rumah PR1MA, RUMAWIP dan banyak lagi. Sekiranya anda pergi ke website yang berkenaan untuk memohon, anda akan mendapati salah satu dokumen yang perlu disertakan adalah rekod CCRIS. Begitu juga untuk memohon pembiayaan pembelian rumah, walaupun sangat yakin dengan DSR (Debt Service Ratio) anda, namun rekod CCRIS juga menjadi salah satu faktor timbangan pihak bank untuk mempertimbangan permohonan anda. Jadi, sangat penting untuk anda mempunyai rekod CCRIS yang baik sekurang-kurang setahun. 

Ada beberapa cara untuk mendapatkan rekod CCRIS. Antaranya:
  1. Pergi sendiri ke Bank Negara dengan membawa MyKAD. Pergi ke kiosk CCRIS, Di sana ada dipaparkan cara-cara menggunakan kiosk tersebut.
  2. Layari website BNM: http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html. Laporan CCRIS adalah percuma, tetapi tempoh untuk mendapatkannya lebih panjang. Sekitar 3 - 14 hari.
  3. Atau anda boleh membeli laporan CCRIS anda dengan harga RM10 dari Credit Bureau (third party yang memberi servis laporan CCRIS). Tempoh untuk mendapatkannya adalah pendek, iaitu beberapa jam - 2 hari.
Di sini saya boleh kongsikan cara ketiga yang telah saya gunakan untuk rujukan sendiri. Dokumen yang perlu disediakan lebih kurang dengan cara kedua (iaitu dari Bank Negara sendiri) cuma borang dan prosedurnya sedikit berbeza.
  1. First sekali saya download borang daripada website. Pergi ke URL ini: http://www.creditbureau.com.my/4-1.jsp dan klik pada 'Individual Report'.
  2. Isikan borang tersebut dan jangan lupa untuk tandatangan pada page ke-3, iaitu Notification Letter di bahagian atas menandakan anda acknowledged kebenaran tersebut. (Rajin-rajin lah baca sendiri surat tu berkenaan apa).
  3. Sediakan dokument mengikut apa yang tertera pada borang tersebut. Berkenaan pengesahan cap jari, saya tak provide apa-apa. Scanned copy IC sahaja sudah memadai.
  4. Emailkan scanned document dan borang kepada info@creditbureau.com.my
  5. Sabar. Tunggu email dibalas.
  6. Setelah dapat reply, pihak Credit Bureau akan memberikan arahan bank-in. Saya tak berikan akaun bank kat sini sebab mungkin akan ada perubahan nanti. Hint: akaun Maybank.
  7. Emailkan resit pembayaran.
  8. Sabar. Tunggu email dibalas.
  9. Hasilnya dalam masa 2 hari, laporan CCRIS akan diemailkan.
Apa laporan yang anda dapat?
  • Laporan CCRIS
  • Scoring CCRIS

1 comment:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen