Wednesday, December 10, 2014

Review: Sweet Cherry Akita

Sebelum membeli stroller, saya telah senaraikan beberapa ciri yang saya mahukan iaitu:
  • Ringan (5 kg atau kurang)
  • Sesuai untuk newborn dan juga apabila baby dah semakin membesar (sitting)
  • Tidak melebihi bajet saya iaitu RM500
  • Reversible handle (can forward facing/baby facing)
  • Warna merah
Kebanyakan stroller banyak yang menepati ciri-ciri ni, tapi harganya pulak di luar kemampuan sehinggalah bila saya ke Manjaku Baby Center, finally saya ternampak stroller model Sweet Cherry Akita ni. Harga dipaparkan adalah RM329, sangat menepati bajet, akan tetapi warnanya terlalu purple seperti purple Barney. Oleh kerana saya mengidam nak warna merah (emosi) jadi saya macam hesitate nak beli.

Kemudian saya terdetik untuk check di Lazada.com, stroller ni dijual pada harga RM279. Tiba-tiba terus datang balik minat pada model tu, malang sekali warna yang ada cuma masih warna purple Barney.

Barney dari rancangan kanak-kanak dengan warna purple yang menakutkan

Apa yang menarik bila membeli di Lazada.com ni, kalau kita bayar hari Isnin menggunakan Mastercard credit/debit card, barangan baby ada offer 15% off. Kebetulan waktu itu, shipping pulak free. Ambil kalkulator dan kira!

RM239 je.

Murah melampau kan. Saya dah berkira-kira nak membelinya hari itu. Akan tetapi disebabkan hari Isnin tu saya outstation sampai malam, jadi sesampai je di rumah, Internet menduga saya sehinggalah sampai terlepas hari Isnin.

Tapi disebabkan harganya masih berbaloi walaupun tanpa diskaun, saya nekad untuk beli saja. Saya gunakan welcome voucher RM10 by Lazada. Dapatlah jugak merasa harga murah sikit, which is RM269, free shipping.

Untuk delivery di Lazada.com, kalau delivery barangan tu ‘fulfilled by Lazada’, biasanya barangan tu akan dapat cepat. Esoknya pun dah boleh dapat (tengok kawasan jugak rasanya). Pengalaman saya yang minta penghantaran ke Bangi, memang esoknya terus saya dapat stroller Barney saya.

Inilah rupanya Sweet Cherry Akita – juga terdapat dalam color merah dan biru. Sapa ada kaler merah, nak tukar?


UPDATE
PRO: Sesuai untuk travel menggunakan kereta dan juga tahan lasak. Kalau hancur lebur pun berbaloi rasanya (sebab murah) 

CONS: Bila guna reversible handle, maneuvre agak terhoyong hayang. Biasanya baby nangis bila pandang kami(jangan tanya kenapa). Jadi, kami forward facing jela.

3 comments:

  1. Hi I tried to find this akida stroller on lazada Malaysia but can't find.... Do u still have the link? Thank u so much!

    ReplyDelete
  2. Berat berapa kg..sesuai untuk travel tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there sorry mungkin dah terlambat untuk reply tapi after hampir setahun kami guna untuk travel ke sana sini (shopping, outdoor di taman, balik kg), ianya masih okay sehingga sekarang. In fact, saya baru je cabut semua untuk basuh kain dia, and then wallah, back like new. So, dun worry walaupun ia tersangat murah, tapi ianya sangat tahan lasak. Dan yg paling penting, ringan & tak ambil ruang besar di boot kereta.

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan komen