Wednesday, December 24, 2014

Review: Autumz Post Partum Abdominal Binder

Wow. Itu adalah perkataan yang saya boleh gambarkan tentang bengkung ni.

Saya tak pernah tahu tentang kewujudan bengkung ni. Terjumpa sewaktu membelek-belek kat Lazada tapi malangnya out of stock.

Bengkung yang dicari-cari untuk berpantang

Saya survey di kedai online lain akhirnya berjumpa jugak di Rakuten. Harganya sangat berbaloi. Retail price RM69.90. Di Rakuten, saya hanya bayar RM62.40 termasuk pos.

Agak cepat juga sampai, order yang submit sebelum tengahari akan dapat the next day.

Seperti selalu, saya dah listkan ciri-ciri bengkung yang saya nak:
  • Bukan jenis seluar
  • Panjang - cover dari bawah breast hingga pangkal peha (kebanyakan jual pendek sangat)
  • Bukan jeniz zap (zap ni mudah tanggal, makin lama zap dia tu akan jadi loose, pastu akan nampak kembung dari luar sebab terlipat-lipat)
  • Harga bawah RM100

Tak sangka bengkung Autumz ni memenuhi semua kriteria ni. Ianya dicantum menggunakan hook seperti bra hook, mungkin mengambil masa tapi since ia ada 3 senggat/row, means kita boleh mulakan dengan yang paling longgar, dan bila makin ramping, bolehlah adjust.

Kepanjangannya adalah 11 inci. Warna pula warna kulit, so takkan nampak sangatlah dari luar.

Bengkung Autumz ni terdapat dalam banyak size, dan size adalah mengikut ukuran pinggang. Saya ada terbaca review mengatakan yang kalau size kita dekat border tu, ambil size lebih besar, tapi saya kurang setuju sebab di Rakuten ni, diorang ada jugak provide extender, which means kalau senggat paling besar pun tak muat, bole la guna extender tu. Tak perlu la beli size besar, sebab nanti dah kurus, kena plak beli size kecik. Tapi depends pada masing-masing, sebab saya memang jenis yang mampu bertahan pakai ketat-ketat, setengah orang ketat sikit dah rimas.

Extender untuk bengkung pun ada

Sebagai panduan, ini adalah size chart bengkung ni:

SIZE CHART

*M = 28" - 32"
*L  = 32" - 36"
*XL= 36" - 40"
*XXL= 40" - 44"

Semoga dapat membantu ibu-ibu di luar sana!


1 comment:

Terima kasih kerana meninggalkan komen