Wednesday, October 8, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

I'm back! Alhamdulillah sudah beberapa hari since saya bersalin anak kedua saya pada 30.9.14. Due haritu 23.9.14, akan tetapi tak jugak bersalinnya. Akhirnya sejam sebelum last appointment dengan gynae (Klinik Kesihatan Bangi) pada 29.9.14, ada semacam light brown discharge. Doc kata lepas ni dah takde appointment. Katanya, kalau masih belum keluar sebarang tanda-tanda lagi, sila serah diri pada 2.10.14 – iaitu hari ke-9 selepas due date. Tapi doc mengesyaki light brown discharge tu macam dah petanda dah tu.

Masin mulut doctor tu.

Malam tu dalam pukul 1.30am saya dah rasa macam contraction sikit-sikit dalam 10-15 minit macam tu. Tapi masa tu mata rasa sangat  mengantuk. Tak lama selepas tu, ada rasa nak ke tandas. Sebaik ke toilet, terus keluar darah merah yang pekat. Waktu tu rasa agak nak pitam sebab saya ni agak lemah bila tengok darah (pegang takpe, tengok je tak boleh).

Lalu, saya pun turun ke bawah pakai pad tukar baju dan kejutkan suami. Suami tertidur di bawah bersama mak mertua saya sebab bersembang. Saya dan suami masukkan semua barang yang dah sedia dipacking tiga minggu sebelumnya ke dalam kereta. Kali ni dah tak macam nak pergi bercuti setahun macam masa first delivery.

Lepas dah check semua barang-barang, saya pun bersalam dengan mak mertua and kiss Ariana. Agak sebak waktu tu sebab terfikir, manalah tau ini kali terakhir akan kiss Ariana (leleh air hidung).

Semasa dalam kereta saya mengira contraction, waktu tu lebih kurang 7-8 minit sekali. Kami sampai Hospital Serdang dalam pukul 2.40am macam tu. Punyalah payah nak dapat parking.

Sebenarnya agak tak masuk akal saya datang ke hospital dengan memakai jubah dan membawa bantal peluk. Tak tau apa yang saya fikirkan ketika tu (nak bersalin dengan anggun?)

NOTA: Sila lah datang ke hospital dengan two-piece persalinan (contohnya T-Shirt dan kain) serta bawa bersama kain batik sekiranya ada pendarahan yang banyak).

Sesampai di kaunter pendaftaran, kami disambut dengan kurang mesra. Tetapi kami bukanlah pasangan yang bajet VIP mengharapkan layanan kelas pertama dengan pergi ke hospital kerajaan. Selepas urusan, suami terpaksa berpatah balik ke rumah untuk mendapatkan sijik nikah atau kad nikah. Prosedur labor room Hospital Serdang adalah perlu ada dokumen untuk benarkan suami menemani isteri. Ini pengalaman pertama kami sebegini, sebelum ni di Hospital Manjung, ia tak diperlukan.

Hospital Serdang yang menjadi pilihan sewaktu dalam perjalanan untuk bersalin walaupun plan asal nak ke Hospital Putrajaya

Saya tunggu dan duduk di ruang pendaftaran bersendirian. Sekitar 10 minit selepas tu, nama saya dipanggil dan CTG dipasang untuk dapatkan bacaan contraction. Saya ditempatkan di katil 10 di PAC (Patient Admission Centre). Lama jugak sampai bosan dibuatnya. Seingat saya sampai pukul 3.30am barulah dapat bacaan yang puas hati. Waktu itu contraction masih berlaku tapi pada kadar ‘masih boleh senyum’.

Kemudian nurse datang untuk masukkan drip. Hadoi, memang tak tere langsung. Banyak kali pengalaman kena cucuk (cucuk masa operate leher untuk Kimora disease, cucuk masa medical examination untuk pegi offshore, cucuk masa bersalin anak pertama), tak pernah lagi dicucuk sampai meleleh-leleh darah dibuatnya. Nasiblah nurse tu minta maaf. Tapi memang tak kenal putus asa dia ni, tetap cuba berkali-kali keluar masuk keluar masuk. Last-last nurse lain datang take over terus √. Saya tetap cool.

Sekitar pukul 4am, contraction kuat kian terasa. Ini betul-betul kuat ni. Saat terasa pundi kencing penuh, saya pun gagahkan diri ke tandas.

Tak semena-mena darah yang berketul keluar semasa saya berjalan. Saya terkesima jap. Terfikir, nak kutip ke caner ni. Nurse tengok pun macam takde perasaan je, dah biasa la tu agaknya. Saya ambik tisu dan cuba la tunduk dan bersihkan tapi terasa macam banyak lagi darah yang nak keluar. Takdelah rasa sakit bila keluar darah tu, cuma tak selesa.

Saya masih menunggu di luar toilet. Toilet pulak ada dua je dan penuh! Semua ibu-ibu yang masuk ambil masa lama sebab masing-masing sedang mengalami contraction. Mungkin ada yang start contraction lebih awal dari saya. Lama juga saya tunggu sambil berdiri. Sambil menunggu, doctor panggil nama saya sebab katanya nak buat VE. Saya jawab, “Okay doctor tapi saya nak kencing dulu”. Lepas selesai operasi di tandas (jangan tanya berapa banyak darah yang keluar), saya serah diri untuk buat VE – bukaan dah 4 cm.

Kalau ikutkan Hospital Manjung, 4cm dah boleh masuk labour room. Mungkin Hospital Serdang lain sikit caranya.

Antara cara saya menahan rasa sakit contraction adalah duduk menonggeng atau berdiri sambil bergayut di katil. Membantu juga cepatkan bukaan.

Apapun saya bersyukur sebab tak payah kena induce. Jujur saya cakap (bukan nak takut-takutkan), pengalaman kesakitan sakit induce masa bersalin anak pertama, memang tak sanggup saya nak harungi lagi. Sakitnya lebih memulas dan sangat-sangat berpanjangan (faktor anak pertama menjadikan durasinya lebih panjang).

Pukul 5.20am, terasa satu contraction diiringi sakit pinggang yang teramat kuat. Saya panggil nurse dan inform “Contraction saya makin kuat.”

Nurse pun buat VE - bukaan dah 5cm. Tapi nurse masih tak menyediakan saya ke labour room.

Sempat saya tanya nurse, “Berapa cm baru boleh masuk labour room?”
Dia jawab, biasanya 6cm tapi tengok pada kekosongan labour room. Katanya labour room penuh. Saya pun hurmmm...

Kenapa nak masuk labour room awal sangat? Sebabnya, di labour room suami boleh masuk dan temankan. Boleh pegang tangan dia, boleh minta dia urut, dan boleh mengada-ngada.

Tapi apakan dayaa, saya cuma boleh menahan sakit contraction dalam keadaan berdiri bongkok di PAC saja. Bila contraction datang, saya baca doa nabi Yunus sambil urut belakang pinggang. Perasaannya macam rasa nak patah pinggang woi.

Adakala saya ubah kedudukan membongkok atas katil sambil peluk bantal. Kadang-kadang saya gigit kuku, berkesan juga untuk lupakan kesakitan.

Akhirnya tepat jam 6.20am tetiba datang satu lagi contraction yang tersangat-sangat kuat. Ianya datang dengan rasa nak meneran sangat-sangat. Terus saya panggil nurse dan cakap, “Nurse, rasa saya dah nak meneran sangat-sangat ni.”

Nurse sempat tanya, “Anak no berapa?” dan saya laju-laju jawab “No 2!”

Doc datang buat VE dan inform semua nurse "Yang ni dah 8cm, yang ni dah 8cm".

Bila doctor cakap macam tu, nurse bersedia untuk pindahkan katil dan saya pun dah sedia prepare diri untuk bersalin dengan nekad di hati, kali ni nak cuba yang terbaik untuk non-assisted labour tanpa sebarang intervention.

Dalam hati saya masa tu, okay this is it. Mudah-mudahan dipermudahkan kali ni sebab suami ada di sisi dalam labour room (pengalaman pertama suami temankan saya untuk delivery process, sebelum ni tak berpeluang).

Sampai je labour room, saya memang dah tak sabar nak teran. Sebetulnya, memang dah tak dapat menahan lagi contraction. Saya bertanyakan nurse, “Dah boleh teran ke?”

Soalan saya tak terjawab sebab dia sendiri pun sibuk prepare alatan untuk saya bersalin. Doctor datang pecahkan air ketuban saya. Suami saya masih tak sampai.

Waktu ni memang dah sakit tahap nak meneran sangat-sangat dah. Tapi dalam antenatal class, midwife cakap jangan teran selagi tak dapat greenlight.

Tak lama kemudian suami pun sampai and akhirnya nurse cakap, awak dah boleh teran.

This is it. Selama setengah jam juga saya bertarung (termasuklah hampir putus asa dan minta intervention vacuum). Suami tetap bagi semangat termasuklah nurse yang menemani saya. Tiba-tiba datang satu semangat dan bantuan akhirnya tiba (bantuan yang dimaksudkan adalah episiotomy – maka tamatlah impian non-assisted labour di situ).

Akhirnya jam 7.05am Marsya Sofia selamat dilahirkan. Agaknya berkat doa suami semasa solat Subuh - takdelah lama sangat saya meneran. Episiotomi memang banyak, memang ngeri bila dikenang semula. Saya rasa kengeriannya mengatasi pengalaman bersalin. Bayangkan lah nurse boleh cakap, nanti you balik berpantang, you makan ubat lawas ye.

Sementara nak ditempatkan wad di wad kelas pertama, saya ditempatkan di wad transit.

Sebenarnya nurse tanya, kalau wad kelas ketiga okay tak? Wad ketiga maksudnya open dan mungkin sharing dengan 8 orang ibu atau lebih. Saya katakan saya tetap mahu wad kelas pertama. Pengalaman lepas, dengan ‘kebisingan’ pelawat dan tangisan bayi lain membuatkan saya tak dapat berehat (saya susah nak tidur kalau bising). Jadi, nurse hantar ke wad transit. Ianya satu wad dengan 10 – 12 katil dengan satu tandas yang dikongsi. Agak lama juga saya terpaksa tunggu kat wad transit.

Ketika saya tiba di wad transit, waktunya lebih kurang jam 10pagi. Sampai aje saya terus bersihkan diri, pakai maternity pad, dan akhirnya dapat baring dalam pukul 11am. Baru rasa nak lelap, pelawat pun mula datang pukul 12. Pelawat pula jenis yang, adoi mak, bising gila, entah apa disembangnya. Baby pun asyik terjaga. Stress gak la masa tu. Mencabar kesabaran. Dalam pukul 2pm, mak saya datang hantar makanan pantang (ikan merah kukus lada hitam sedap sangat).

Akhirnya pukul 2.30pm, nurse membawa khabar gembira. Dapat jugak tukar wad, tapi double bedded. Kata nurse, single bedded memang takde yang check out lagi. Saya pun dah tak larat nak menunggu lagi (bukannya banyak songeh tapi saya tersangat-sangat letih, lepas tu kena jaga aurat pula, si suami lain datang melawat isteri bersalin dok pandang-pandang bini-bini orang lain – tak selesa). Sekurang-kurangnya bolehlah tidur dengan aman tanpa bunyi TV yang kuat atau pelawat berborak tak ingat dunia.

Bil keseluruhan saya adalah RM1,120. GL suami cover up to RM1,000 maka kami cuma keluarkan RM120 je. Oklah kan.

Cuma tak puas hati tak dapat single bedded - kalau single bedded suami boleh temankan dan overnight.

Kalau double bed, perempuan je boleh temankan. Kesian mak mertua saya tidur atas lantai beralaskan toto. Tiada sofa disediakan. Takkan nak tidur sambil duduk atas kerusi kan.

Keseluruhan facility quite ok untuk kelas pertama double bed.

Semoga pengalaman saya ni boleh dijadikan panduan bagi yang nak bersalin di Hospital Serdang.

5 comments:

  1. setiap kelahiran sgt unik..setiap anak2 lain2 perasaan dan cara lahir..bila trgat kisah bersalin mcm2 perasaan ada..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessz. Paling best bila baby parking atas dada lepas dia keluar. The best moment ever.

      Delete
  2. Sis saya nk tanya.kena booking ke kalau kita nk ambik ward kelas pertama? Mcm saya sebelum ni duduk di ampang saya checkup dia kk keramat.tapi skarang duduk dgn mil dinseri kembangan igt nk deliver di hosp seedang memandangkan fpp putrajaya penuh.hope sis dpt membantu skit cara pendaftaran 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ikutkan mmg bole booking. Booking masa memula datang kat kaunter bila dah sakit bersalin. Kalau ada GL, tunjuk GL terus masa tu and bgtau nak booking.

      Tapi masa time kitorang tu tak dapat nak confirm booking sebab wad memang full. So hasben just inform je dulu (kira booking la tu). Saya dah siap2 pesan b4 bersalin, siap je bersalin booking terus pegi kaunter booking taw..hehe. Saya mmg plan nak wad kelas 1 single bedded. Tapi wad full..sedeh.. mana taknya, yang tgh tunggu nak bersalin malam tu dalam 19 orang OMG. Sebab tu la terpaksa duduk wad transit dulu sebelum dapat wad yg kita nak.. tu pun dpt double sharing je :(

      Delete
  3. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen