Monday, September 29, 2014

Pengalaman Tantrum Anak ketika Mengandung

Sekian lama rasanya nak post tentang perkembangan Ariana Balqis yang terbaru.

Kini saya dah hamil 41 minggu (dah overdue), dan Ariana dah 2 tahun 6 bulan. Mungkin ramai yang dah tau tentang fasa terrible two yang sangat-sangat mencabar ditambah dengan kehadiran bakal adik, saya dan suami memang letih mental dan fizikal dibuatnya.

Semasa Ariana lahir sehinggalah umurnya sekitar setahun lebih, Ariana memang sangat aktif tapi sangat baik dan behave. Sehinggalah bila dia banyak bergaul, dah banyak tengok TV di rumah babysitter, dah pandai meniru perlakuan dan perkataan orang dewasa, tantrum 'terrible two' dapat mula dikesan sejak saya mengandung bulan pertama lagi. Ariana tiba-tiba jadi toddler yang needy kepada saya, nak berkepit je. Sebelum ni dia rapat dengan suami, tiba-tiba aje dia macam selalu nak mengendeng dengan saya. Masa tu ada juga terdetik dalam hati, entah-entah saya mengandung sebab tu dia macam ni.

Selepas sebulan baru saya check dan disahkan pregnant sebab dah 2 minggu period overdue. Masa tu, Ariana lagi 2 bulan nak genap 2 tahun. Saya dan suami rasa jarak tu macam dah okay tapi rupanya kami tak factor in sekali tantrum seorang kanak-kanak 2 tahun yang otaknya berkembang dengan pantas.

Masa Ariana setahun lebih, kami dah ajar dia melukis dan menulis atas kertas lukisan kosong. Bukan mewarna ye. Ideanya, kami nak otak dia berkembang dan berimaginasi dengan bebas. Kami belikan drawing pad tu setengah hari dah habis. Berbuku-buku jugak beli sebab bila buku dah habis, habis meja kayu jadi mangsa. Kami guna color pensel, magic color and krayon. Krayon tu la dia guna conteng meja. Nasib baik meja, bukan dinding. Huhu. Mula-mula Ariana conteng secara random, tapi lepas tu dah mula fokus conteng berpattern. Bermula dengan buat bulatan. Lepas tu buat conteng sebaris. Rupanya mat saleh pun memang buat macam ni bila nak latih otak anak.

Kami tak pernah bagi Ariana main handphone or tab. Never even seminit pun semasa usia dia bawah 2 tahun. Kalau ada pun bila dia datang rumah orang, tengok ada orang main, so dia tumpang selit jenguk. Kesian jugak sebab macam 'jakun' je tapi kami yakin apa yang kami buat ni sebenarnya 200% untuk kebaikan dia.

Saya start bagi dia main handphone only bila dia dah reach 2 tahun 6 bulan. Sebenarnya tak sengaja. Satu lagi dia dah pandai tengok apa kita buat dekat handphone, memorise apa kita buat dan duplicate balik. Bagi je handphone tu, tak perlu ajar pun. So, dalam masa dua hari dah pandai browse gambar, tekan button close, button play, button home, tukar game lain, slide atas bawah kiri kanan, and drag barang dan termasuklah hampir shopping online. Huhu. Nasib baik tak masuk detail credit card. Tu tak campur masa umur setahun dah message kawan-kawan FB saya dengan message 'misteri' hehe. Sebab masa tu terbuka laptop.

Sejak nak bersalin ni, saya banyak melepak rumah je. Weekend pun tak kemana. So, saya decide habiskan masa dengan Ariana sebelum adik dia keluar. Nampak sangat otak dia berkembang pesat semasa saya ada di rumah. Vocab bertambah 2 kali ganda. Tapi tantrum dan kemanjaan masih belum berubah lagi. 

Apa tantrum Ariana?

Pertama sekali, dari segi barang-barang mainan. Orang lain tak boleh usik. Dia akan cakap 'Ana punya'. Mungkin sebab faham kedatangan adik, maka dia start build satu zone 'barang Ariana'.

Second, saya pergi kerja mesti susah nak hantar babysitter, selalu menangis. Nampak ketara bila saya dah masuk second trimester. Nak keluar kereta pun payah, siap buat-buat tidur.

Third, nak orang tertentu je buatkan sesuatu untuk dia, Contoh nak bagi susu, kadang-kadang nak papa dia yang bagi atau saya yang bagi. Kalau tak ikut kehendak, dia akan menangis.

Fourth, nak lebih perhatian. Ariana akan pukul saya bila dia panggil dan saya sibuk dengan laptop atau hanphone. Atau kalau dah lama sangat, dia akan menangis. Sama juga kalau towards suami. Ini memang salah kami.

Fifth, mudah menunjukkan perasaan depan public. Mula-mula dulu kalau kena cubit perlahan kat public, dia akan menangis sedu-sedan je, tapi sekarang kalau dia tak dapat apa yang dia nak, contoh tak dapat main kereta yang masuk syiling tu, dia akan mengamuk satu mall tanpa henti sampailah masuk dalam lif dan dalam kereta pun sambung lagi. Sejak dua kali Ariana buat macam tu, kami dah jarang sangat-sangat pegi mall besar-besar atau pasar malam. Satu lagi, jalan pun dah tak nak pegang-pegang, semua nak sendiri. Suka mencelah di tengah orang ramai. Saya fobia sangat sebab suami jenis terlalu rileks biarkan anak jalan ke depan sorang-sorang, sampai pernah terjadi dia dah terlajak ke depan dan masuk ke kedai (suami tak perasan sebab anak membelok di celah-celah ramai orang). Tak sanggup rasanya hilang anak cara macam tu, minta sangat dijauhkan. Sebab tu setiap kali Ariana jauh je, laju je mulut saya ni membebel pada suami. Penat oi bersalin and jaga sampai sihat dan bijak.

Tak banyak pun perangai dia tapi letih jugak nak melayan especially bila balik kerja. Saya dan suami selalu sampai rumah dalam pukul 7pm, so masa tu energy pun flat. Balik rumah kadang-kadang Ariana poo-poo, so kena cuci dan mandikan dia terus. Kita pun nak mandi, nak solat lepas tu memang makan kat luarlah, tak larat nak masak especially masa preggy malas betul nak masak.

Balik makan malam badan letih, kadang-kadang packing barang online nak pos esoknya. Kalau suami balik lambat, memang jadi super letih sangatlah. Mulalah anak jadi mangsa kena jerit. Lepas tu menyesal sebab tau efek psikologinya pada anak. Kadang-kadang saya recover balik dengan peluk-peluk dia.

Pregnancy kali ni pulak tak se'smooth' masa preggikan Ariana. Kali ni cepat letih, mabuk tak selera makan sepanjang trimester pertama. Trimester kedua baru ok. Tapi datang sembelit pulak. Lepas tu, muka dan rambut pun tak berapa nak comel this time. Memang lain sangat dengan preggy yang dulu. Selalu kena UTI (kencing kotor) pulak tu. 

Yang paling tak best, masa genap 9 bulan, tetiba gatal menyerang sampai melepuh gak la kulit kena garu satu badan. Doc cakap sebab perubahan hormon tapi ya Allah rasa dia memang tak leh tahan sampai terpaksa ambik cuti seminggu. Pedih kulit sebab kena garu, tido pun tak lena. Pegi jumpa dua doc, ubat and krim doc semua tak jalan. Last-last ambil inisiatif pergi Darussyifa di Bangi. Minta jumpa ustaz. Ustaz kata, tak banyak dia boleh bantu. Cuma dia pesan pantang makan ayam hormon (ayam kampung takpe). Lepas tu mandi air garam and berurut supaya darah berjalan lancar. Cuma berurut tu kena hati-hati sebab ada kawasan yang tak dibolehkan kerana ada kaitan dengan baby. Ustaz tu siap conteng kaki bahagian mana yang tak boleh.

Saya memang skip makan ayam. Mandi air garam (saya add-in mandi air suam). Dan berurut tiap malam. Alhamdulillah beransur baik sampailah sekarang, cuma haritu ada termakan ayam, gatal tu jadi balik tapi tak teruk. Lepas tu stop terus makan ayam, cuma makan ikan je. Even berurut pun kalau stop gatal-gatal tu datang balik. Saya cuma urut sendiri je dan urut bahagian yang selalu gatal. Teorinya nak lancarkan darah kat area gatal tu supaya detox lancar. Yang eloknya, badan pun jadi cergas walaupun dah sarat pregnant overdue ni. Jangan urut perut atau kawasan terlarang dah la.

Sememangnya setiap pregnancy tu berbeza. Memang ramai dah pesan macam tu sebelum ni. Tapi lebih mencabar bila kita dah ada anak-anak. Wah, tak dapat bayangkan yang uruskan 3-4 orang anak tu. Kena kerja lagi. Kena masak lagi. Kalau dapat suami yang jenis tak nak jaga anak, boleh hilang sabar dibuatnya. Nasiblah suami boleh uruskan Ariana dan boleh jugak buat kerja rumah sikit-sikit. Dulu lipat baju pun tak nak, sekarang dah boleh tolong, lipat pun cantik je. Hehe.

Pendek kata, kita tak boleh buat semua seorang. Tapi tak bermaksud kita perlukan 10 orang untuk tolong kita. Kadang-kadang cukuplah hanya seorang, contohnya suami sekadar untuk bantu sikit-sikit ringankan beban atau untuk meluahkan perasaan. Tak perlu lah sampai nak hangkut mak ayah kat kampung ye, mak ayah bukan maid kita. Saya bukan jenis suka suruh mak ayah datang. Suami jenis macam tu, kadang-kadang saya marah juga sebab dah tua-tua ni bukan masanya dah nak kena jaga cucu. Dah kahwin kenalah pandai berdikari dan bertanggungjawab, ye tak. Kalau setakat nak rasa jaga cucu beberapa hari nak melepas rindu boleh lah. Kalau sebulan dua tu, macam ambik kesempatan je. Maaf ye kalau ada yang terasa. Melainkan kalau ada sebab kukuh, tak mengapalah. Tapi kalau sebab penat, nak rehat banyak, nak jimat kos, etc memang bagi saya sangat tidak patut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen