Thursday, September 25, 2014

Bersalin di Hospital Kerajaan

Kelahiran anak saya yang pertama berlaku pada 2012. Tetapi tiba-tiba terasa macam nak buat review. Manalah tahu mungkin dapat membantu ibu-ibu yang tengah survey pengalaman bersalin.




2012 - Saya melahirkan anak sulung saya di Hospital Manjung, Perak. Sebabnya berdekatan dengan rumah parents. Dan perancangannya nak berpantang di sana. Tak banyak pilihan pada waktu tu. Pantai Medical Center pun belum ada waktu tu. Yang ada cuma klinik sakit puan swasta.

Secara overall, saya boleh katakan OK √ bersalin di Hospital Manjung, asalkan anda bukanlah seorang yang very demanding, bajet VIP, mengharap layanan first class dari staff nurse, dan jauh sekali untuk duduk di kemudahan wad kelas pertama. Pada waktu itu, semua wad ibu bersalin adalah kelas ketiga. Diulangi. SEMUA. Tiada pilihan. Jadi, anda akan duduk beramai-ramai bersama ibu-ibu yang lain. Saya kata √.

Di sini ada ramai doktor praktikal. Salah satu pengalamannya, masa tengah contraction pun diinterviewnya kita. Tanya kerja apa.

Bila dah masuk wad kelas ketiga ni, memang takde harapanlah suami nak temankan.

Disebabkan terlampau ramai doctor praktikal, berebut-rebut doctor praktikal yang offer nak buat VE. Macam menunggu peluang je dorang tu. Takut pulak kita. Tapi terpulang pada kita nak menolak atau setuju.

Prosedur di Hospital Manjung, bila dah ada sign of labour, kita akan ditempatkan di wad menunggu. Sepanjang menunggu, nurse akan check BP dan kalau rasa contraction teruk, doc/nurse akan buat VE sehinggalah bukaan 4cm - baru dibenarkan masuk labour room.

Suami dibenarkan masuk labour room waktu contraction sahaja. Tapi waktu delivery suami kena keluar. Masa dalam labour room suami keluar masuk nak update parents di luar dan guna telefon sampai kena sound dengan nurse. Yelah sebab bila dia keluar masuk, akan lalu labour room lain, so privacy ibu-ibu lain terganggu. Padan muka hehe.

Dalam labour room tak boleh guna handphone ya.

Masa tu barang-barang baby dan ibu dah dibawa ke labour room. Nurse pun tolong sama angkat. Punyalah banyak sampai nurse cakap ni barang apa yang sampai banyak macam ni. Bila saya tengok sekeling, ada dua tiga beg besar tak masuk bakul besar color merah berisi baju baby stok sebulan. Dah macam bilik baby gayanya.

6 jam saya di labour room. Pukul 8:08pm akhirnya baby dilahirkan.

Selepas tu, baby dibersihkan dan dibedung kemudian diletakan dalam stroller untuk beri laluan kepada suami tengok. Suami masih lagi tak dibenarkan masuk labour room, cuma boleh tengok baby di luar labour room je. Suami saya bagitau waktu itulah dia azan dan iqamatkan Ariana Balqis :)

Saya dibawa ke bilik lain. Waktu tu saya dah tak sedar. Mungkin dibius agaknya. (Inilah nasib bila serah diri di hospital, apa yang mereka lakukan pada kita tidak diberitahu). Sedar-sedar rupanya tengah kena jahit bawah. Terasa lama sangat doktor buat jahitan. Dan yang buat jahitan tu doktor praktikal.

NOTA: Alhamdulillah dia pandai jahit sebab waktu berpantang, bila nurse datang buat lawatan, katanya jahit pun cantik dan tiada masalah.

Doktor pakaikan maternity pad. Dan kemudian saya diminta bangun sedikit untuk tukar stretcher. Ngeri sangat masa tu nak angkat badan sebab takut jahitan bawah tu. Nurse bantu saya untuk beralih stretcher. Saya dibawa keluar dan suami masih menunggu.

Ketika dibawa keluar nurse letakkan baby bersama saya dan disuruh menyusukan anak. Saya bf walaupun saya tak tau susu dah keluar ke tak masa tu. Tapi saya tau even tak keluar sekalipun, bonding ibu dan bayi tu perlu supaya baby rasa tenang dan ibu pun rasa tenang. Memang tenang sangat bila berada dekat dengan baby. Dah tak fikir pasal benda lain.

Sampai di wad waktu itu lebih kurang pukul 10pm. Dah malam rupanya, masa tu rasa melekit sangat. Rasa nak bersihkan diri tapi badan terasa sangat letihnya. Urat terasa kejang, tegang. lenguh. Tapi nak kena mandi sebab darah nifas rasa banyak mengalir. Suami bantu saya mandi. Salin pad.

Kemudian masuk tidur, suami pun balik.

Tapi tak dapat tidur sangat sebab baby kerap nangis. Bukan baby saya je, baby lain pun sama. Bila saya tenangkan baby, dia tidur, baby lain pulak nangis dan baby saya terjaga disebabkan tangisan baby lain. Bersambung-sambung gitu. Dah la saya baru aje lepas bersalin, letih tak habis lagi. Rasa nak nangis sebab nak tidur pun susah. Bila terjaga, saya ada cuba -cuba breastfeed baby. Itu jelah yang buat saya rasa seronok malam tu.

Esoknya pagi-pagi baby dah berak. Warna hijau. Wah, automatik tiba-tiba pandai terus cuci dan salin lampin. Tak perlu training-training. Motherhood skill ni memang Allah bagi automatik semulajadi. Janji jangan nak mengada-ngada sangat.

Normally ibu bersalin overnight semalam sahaja tapi disebabkan baby keluar guna vacuum, kami kena stay sampai dua hari sebab doctor nak monitor kepala baby.

Memang kepala Ariana sedikit lonjong disebabkan suction vacuum cups tu. Tapi takdelah obvious sangat. After a week, kepala baby memang dah okay. Rajin juga saya usap masa mandi.

NOTA: Remember selepas crowning, saya teran hampir sejam dan baby masih tak dapat dikeluarkan? Saya dapat tau daripada seorang AMO, kalau baby terlalu lama di bahagian serviks, leher baby senget sikit bila keluar. Which is true. Ariana punya kepala selalu prone sebelah kiri sampai saya terpaksa sendal kepala dia selalu untuk betulkan balik. Tapi don’t worry, tulang baby sangat lembut, ianya mudah dibentuk semula. After a month, baru normal. Sekarang takde beza pun dengan kanak-kanak lain.

Kos bersalin di Hospital Manjung bagi saya adalah 0 kerana gunakan GL suami.

Insya Allah bersalin kali kedua nanti, saya bakal memilih Hospital Putrajaya/Serdang. Kali ni saya nak suami berada di samping saya semasa contraction dan deliver. Dan saya jugak nak suami berada di sisi selepas saya penat bersalin di wad.

Pengalaman bersalin 8pm dan sampai ke wad 10pm dan terpaksa melakukan semua sendiri amat-amat memenatkan. Masa tu urat pun dah longlai, tenaga pun tinggal sisa-sisa je. Nurse takkan membantu, kalau baby menangis sekalipun dibiarkan je.

Dari segi prosedur bersalin di Hospital Manjung, saya tiada komplen. Overall OK dengan 'harga' yang saya bayar.

2 comments:

  1. sy bersalin 9,30pm dan terus masuk wad tido dgn baby dlm keadaan berjahit sgt banyak..memang serik sgt mlm tu..sy x mampu nk buat ape tgk ank menangis..ingat blk memori ni rasa mau nanges

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen