Wednesday, March 7, 2012

Persiapan Perkahwinan: Saiful Designer

Arini nak bayar hutang review pasal butik Saiful Designer - butik yang saya guna perkhidmatannya di Manjung waktu perkahwinan saya bulan May tahun lepas (2011).

Memang dah lambat sangat buat review memandangkan hari bersalin pun dah hampir tiba. Malah, adik saya pun dah selamat kawen baru ni (bulan Dec 2011). Disebabkan puas hati tu, adik saya pun ambil pakej dengan butik Saiful Designer.

First sekali, kalau nak cari blog dia, dia memang tiada blog mahupun website.

UPDATE: Saiful ada iG - boleh follow saiful_zali_weddingdesigner

Secondly, harga package yang butik Saiful offer ni tidaklah terlalu mahal atau murah. Bagi saya, sesuai dengan apa yang dia dah deliver.

Lagi satu, Saiful bukan jenis berkira sangat.
Kalau korang jenis pengantin yang banyak songeh dan tak tau apa yang korang nak, asyik tukar-tukar, Saiful takkan charge korang untuk everything yang korang dah ubah. Kiranya flexibility tu ada and boleh bincang-bincang lagi untuk discount.

Kalau butik Lela Touch, lupakan jela. Every single thing nak tukar, semua kena charge.

P/S: Saya ambil pakej makeup & baju outdoor dengan Lela Touch.

Dari segi pakej, saya ambil yang basic je iaitu:

  • Baju pengantin sepasang (Lelaki/Perempuan)
  • Pelamin - bagi je gambar pelamin korang nak, nanti dia follow walaupun tak jadi sebijik-sebijik.
If rasa nak buat baju baru, just tambah RM300. Bagi je gambar, nanti Saiful akan cari kain dan jahit baju tu ikut badan korang.

Oleh sebab badan saya ni standard size dari segi lebar dan tinggi, so enough lah setakat amek baju yang sedia ada kat situ. Tu pun dah cukup cantik bagi saya.

Honestly sebab saya bukan jenis banyak songeh nak wedding ala princess bagai. Takkan terjadi bridezilla itu pada saya. Sampai satu tahap saya cakap dengan suami, hantaran kita pakai preloved je boleh tak? Haha, malang sekali idea tu ditolak.

Baju sanding saya from Saiful Designer. Biasa-biasa sahaja.



By the way, untuk outfit nikah pula, saya buat baju sendiri. Beli je kain and lace kat Jakel & hantar ke butik Saiful ni juga untuk jahitkan. Cantik juga hasilnya. Tukang jahit (designer) baju nikah tu namanya Kak Roha (kakak kepada Saiful), banyak juga dia tambah manik & bead bagi nampak anggun lagi detailing kat baju tu tapi still nampak simple - memang nak simple sahaja.

Untuk tudung nikah chiffon pulak, Saiful sendiri yang jahitkan. Dia lekat lebihan kain lace dari baju nikah tu and tampal manik yang match dengan baju nikah. Upah dalam RM30 je untuk tudung tu. And upah Kak Roha dalam RM230 jer. Veil pulak Saiful bagi sewa free je sekali dengan pakej and upah-upah jahit tu.

So inilah hasilnya baju nikah, veil and tudung yang  dijahit and disewa dari Saiful untuk sesi pernikahan.

(mencium dahi dgn tudung begini mmg sukar tahu?)

Untuk pelamin, Saiful always keep themselves updated. Boleh bincang-bincang dgn dia dari segi konsep.

Actually masa dorang pasang pelamin kat rumah, saya rasa color bunga yang diorang pasang tu macam agak dull and bunga cam nak kena tambah lagi kasik nampak full. Saya terus komen on the spot. Dengan tanpa berkiranya diorang datang tambah volume bunga and add-in color, tambah lagi pasu bunga.

Design sebenar pelamin yang saya pilih adalah pelamin 4 pillar macam kat bawah ni:



Memula masa pasang Saiful pasang pelamin tu memang jadi seperti yang saya nak. Design pelamin ni perlukan kawasan yang agak luas dan memanjang kerana ianya pelamin 4 pillar.

Tapi disebabkan hal-hal tertentu yang tak dapat disebutkan kat sini, saya terpaksa dan guna ruang lain yang sempit. So, memang tak berapa menjadi la pelamin tu sebab boleh guna 3 pillar je. Dah tetiba ada pillar kat tengah-tengah pulak.

Apa boleh buat, memang susah nak puaskan hati semua orang kan. So jadila hasilnya macam ni:



Dekorasi bilik pengantin pun saya guna servis Saiful, just untuk langsir dinding, bunga-bungaan and lampu jelah.

MUA saya adalah Liza. Ini hasil make up masa majlis nikah:




Dan hasil make up masa sanding:

Adalah juga sikit-sikit kekurangan kan, macam kipas kat pelamin tu, ada rambu-rambu yg tertanggal, lampu pelamin senget. But then bila saya minta diorang betulkan, diorang willing untuk betulkan.

Satu lagi, majlis saya hari Sabtu, diorang pasang pelamin awal gila (hari Selasa). So, banyak modification boleh buat sampai puas hati.

Yang paling gila is boleh pulak saya tertinggal kasut nak bersanding, hanya sedar sejam before nak sanding. Tapi worker diorang willing untuk hantar ke rumah, in which saya rasa memang kelass sangat-sangat service macam tu. Jarak rumah saya dengan butik tu dalam 15-20 km jugak kot. Drive ambil masa 15 minit juga.

Overall yang buat saya puas hati bukanlah diorang punya baju-baju yang and pelamin yang meletop, tapi lebih kepada senang nak nego dengan budget yang kita ada.

Harga acceptable, service flexible and negotiable.

If ada perkara negatif yang saya nak complain pun adalah fotografi diorang je. Diorang pun amek third party so takleh juga nak blame diorang 100%.

Memang agak tak best la service photography tu. Nasiblah saya ni memang bukan jenis berkira sangat. Kalau orang lain dah tentu mengamuk gambar tak cantik. Tahap editing pun macam kanak-kanak baru belajar Paint.

Deko hantaran pun saya guna servis Saiful. Sebenarnya saya memang busy dengan kerja, langsung takda masa nak buat preparation wedding sendiri. Seminggu sebelum nikah pun masih ada di Labuan.

Diorang caj RM35 per hantaran (deco bunga kena pulangkan balik). Antara hasil dekorasi hantaran dari butik Saiful Designer.






Hasil carian Google, review tentang Butik Saiful Designer:
http://seri-wani.blogspot.com/2011/02/my-wedding-dais-decoration.html
http://mintimin.blogspot.com/2011/07/tailor-wedding-dress-murah-professional.html
http://diariescintancintun.blogspot.com/
http://butterflyinframe-daramanisku.blogspot.com/2010/04/full-edition-of-majlis-bertandang.html
http://rizalngadangada.blogspot.com/2009_12_01_archive.html
http://ct-maui.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
Semoga review ni membantu!

2 comments:

  1. Salam..nk tnye yg pic kt ats dgn u tu aznein kan?tu akak angkat i mase kt benun dlu..i empunye blog ct-maui.blogspot..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen