Wednesday, March 28, 2012

Pengalaman Bersalin di Hospital Seri Manjung

Alhamdulillah. 22hb Mac 2012 8.08pm yang lepas saya dah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang baru hari ni didaftar namanya sebagai Ariana Balqis. Ariana yang sangat comel ni lahir dengan berat 3.03kg sepanjang 48cm.

Niat asal saya nak tulis tentang pengalaman pantang. Tapi fikir-fikir balik, pengalaman bersalin pun belum cerita dah nak cerita kisah pantang?

Bermulanya saya ke hospital adalah disebabkan keluar darah. Semasa VE, bukaan adalah 2 cm so saya qualified untuk admit ke hospital, dan perlu menunggu sehingga sampai bukaan 4 cm untuk masuk ke labor room. Malam tu kiranya saya masih boleh tidur dan rileks lagi. Makan pun masih berselera. Tiada contraction yang mengganggu jiwa.

Sebaik menjejaki Subuh, contraction bermula geli-geli sahaja, iaitu sekitar jam 3 pagi. Dalam masa sejam, contraction dah jadi sekerap 5-8 minit sekali. Menjelang Subuh, dah ramai doktor pelatih yang datang offer untuk buat VE untuk check dilation.

Bermula pukul 6 pagi, saya dah mula sakit contraction setiap 5 minit. Waktu ni contraction memang sangat konsisten. Makan pun dah tak lalu.

7.30 pagi, doktor buat VE. Sampai 2 orang doktor buat VE. Bukaan baru 3 cm.

10 pagi, contraction makin kuat sampai mengalir air mata menahan sakit.
Husband curi-curi masuk cuba untuk sentiasa ada kat sisi menemani walaupun kerap dihalau guard.
Mak pun datang bawak breakfast tapi tak lalu sangat nak makan.

Untuk lupakan perasaan sakit tu, saya cuba banyakkan berjalan tapi tak berani jugak nak jalan jauh-jauh takut tumbang sorang-sorang susah pulak nanti.

Sesekali ada doktor pelatih offer nak buat VE tapi mak aih..besar betul jari dia. Takut pulak.

Jam 2 petang, saya offer diri untuk buat VE. Doktor kata bukaan dah 4 cm. So dah qualified untuk masuk ke labor room.

2 petang, saya dipersiapkan untuk ke labor room. Alhamdulillah dalam labor room, suami boleh masuk. Masih ingat lagi labor room no 6 di mana air ketuban saya dipecahkan.

Ngerinya masa tu tengok doktor (Dr Joyce) buka alat untuk pecahkan air ketuban. Tidaklah sakit pun sebenarnya.

Tanpa saya tahu, rupanya bila air ketuban dah dipecahkan, doktor terus induce satu kali. Midwife yang sentiasa menemani dalam labor room tu offer saya sedut gas kalau nak kurangkan rasa sakit. Amboi masa ni berlagak cakap takpe, taknak. Last-last after 20 minit, saya give-up jugak.

Bukan setakat sedut gas, siap minta pain killer lagi (Pethydene). Boleh pulak masa doktor inject pethydene tu, doktor das satu kali lagi induce through IV. Makanya bermulalah kesakitan yang teramat-amat sangat.

Seriously, pain killer & gas tu tak bantu pun untuk kurangkan kesakitan. Cuma buat saya rasa khayal sahaja. Dalam khayal tu, saya masih boleh dengar suami berborak dengan midwife. 

Antara pengalaman paling kelakar adalah saya minta suami usap ubun-ubun kepala setiap masa. Bila dia buat macam tu, saya rasa lega sangat. Sampai cramp tangan. Betullah orang kata bersalin ni ibarat macam ditarik nyawa.

Jam 6 petang, timbul satu rasa contraction macam nak terberi sangat-sangat diiringi sakit pinggang. Nurse advise saya mengiring supaya cepatkan bukaan dan bantu legakan kesaikitan contraction tu. Waktu ni bukaan dah 8 cm. Doktor kata tunggu 10 cm, untuk anak pertama biasanya 1-2 cm ambil masa 1jam.

Tepat jam 7 petang, midwife check dah ade crowning agaknye dia kata dah tak perlu tahan contraction dan terus teran. Hubby diminta keluar. Saya ada masa sejam untuk meneran dengan jayanya sebelum doktor putuskan sebarang intervention atau Caesar.

Akan tetapi selepas sejam meneran, tidak keluar-keluar pula anak ini. Akhirnya, saya katakan kepada doktor, saya mahukan Vacuum intervention. Waktu tu Dr Joyce macam agak hesitate. Jadi, terus dia menerangkan kepada saya risiko-risiko vacuum:
  • Internal bleeding kepala bayi
  • Kepala bayi jadi lonjong
Saya sedia faham risiko tu. Jadi, Dr Joyce teruskan. Dr Joyce siapkan cakap lagi, if I vacuum 2 kali tak jadi, you kena masuk bilik operation ya. Bila dengar Dr Joyce cakap macam tu, terus semangat nak push sebab dah set dalam otak dari awal taknak Caesar taknak Caesar. Takut!

Alhamdulillah after one push, baby terus keluar. Yes, memang kepala baby agak lonjong. Siap kena tahan kat wad dua hari sebab doktor nak monitor condition kepala baby.

Overall first experience bersalin agak seronok juga. 😆
Experience korang macam mana?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen