Thursday, March 22, 2012

Petanda Bersalin

Sukarnya rasa nak tidur. Sudah mula rasa contraction yang agak kuat mungkin disebabkan katil kurang selesa. Lagi sedap tidur kat rumah.

Saya kini berada di Hospital Seri Manjung. Di sini tiada kelas pertama atau kedua. Hanya kelas ketiga. Sebenarnya tak kisah pun kelas berapa asalkan mudah untuk suami dan family. Bukanlah tak mampu nak ke KPJ atau hospital swasta..tapi kalau boleh nak elakkan pembaziran (bagi kes saya membazir sebab saya tak perlukan pun special treatment). Bagi saya, regardless di mana pun kita bersalin, yang penting adalah DOA yang dipanjatkan supaya semua urusan dipermudahkan.

Waktu ini, bukaan sudah 2cm. Vaginal Examination (VE) pertama tadi agak menakutkan kerana ia pengalaman pertama dalam hidup.

Due to blood show tadi, saya meminta husband untuk bawa saya ke hospital. Anak pertama kan. Cuak juga. Tiada contraction. Doktor buat CTG selama 20 minit, cuma dapat 4 contraction katanya.

Tangan kena IV drip. Husband tiada di sisi (tak boleh masuk sebab wad open).

Sebelum ke sini tadi, plannya nak makan cekodok pisang. Aduhai, tak berkesempatan pula. Kena tunggu lepas pantanglah.

Dalam perjalanan ke hospital tadi, saya bergelak ketawa sampaikan hubby tegur jangan suka-suka sangat. Saya pun beritahu sebenarnya saya sedang nervous dan sedang cuba untuk tidak stress. Last-last hubby pon gelak. Saya pun boleh agak dia pun sebenarnya sedang dup dap dup dap juga tu sebenarnya.

Inilah pengalaman pertama saya tidur di hospital kerjaan. Memanglah banyak kekurangan namun bergantung kepada kita bagaimana nak hadapi dan tempuhinya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen