Friday, November 12, 2010

Ampang Lookout Point

Kalau melancong kemana-mana, memang sedihnya kalau pergi sorang-sorang.
Sejujurnya saya dah banyak kali travel ke luar negara seorang diri.

Travel pertama saya ke luar negara adalah ke Finland pada umur 23 tahun, berseorangan diri.
Travel pun sebab hal kerja. Seminggu kat sana duduk sorang-sorang. Dah la baru masuk kerja seminggu.

Kali kedua travel ke Hong Kong & China pun seorang diri jugak. Haii, apalah nasib.
Tapi itulah kali terakhir pergi berjalan-jalan (sebenarnya urusan kerja) seorang diri.

Tapi selepas tu saya tak kisah untuk kemana-mana seorang diri.
Malah, saya jadi rimas pulak kalau ada orang nak temankan saya kecuali untuk shopping.
Saya pun tak suka kalau kena temankan orang 😅

Panjang pulak intro. Sebenarnya nak cerita yang saya & travel partner saya pergi ke Ampang Lookout Point minggu lepas. Menurut ceritanya, tempat ni mula beroperasi 2005.

Kalau nak info lebih, boleh ke website ini: http://www.lookoutpoint.com



Nama pun Lookout Point, jadi mestilah tempat tinggi atau berbukit kan.

Dalam perjalanan menaiki bukit ke Ampang Lookout Point ni, boleh nampak view seluruh KL tapi apa pun view terbaik mestilah di Ampang Lookout Point.

Tempat ni dibuka jam 5 petang. So, kami singgah juga di pertengahan jalan untuk tengok view. Ramai jugak yang datang lepak-lepak. Siap ada yang jual air, jual jagung.

Cewah!


Amboi!


Sampai je, kami terus parking. Feenya cuma RM2.

Terdapat 4 pilihan restoran: 

  1. Look Out Point Western Food,
  2. Gasoline
  3. Panorama Restaurant
  4. Haven Restaurant. 
Kami memilih untuk ke The Look Out Point Restaurant. Restoran ni ada 2 tingkat, satu tingkat buat hidangan western. Satu lagi tingkat khas untuk minuman keras. Tapi viewnya lebih cantik di situ.

Saya order Chicken Steak Chop. While so-called travel partner tu order lamb and seafood, tak ingat apa nama penuh makanan yang dia order tu.

Saya beri 3.5/5 saja untuk makanan. Harga pun taklah mahal sangat.

View dari Look Out Restaurant



Saya order


Dia order


Gediks!


Poyos!
        

UPDATE: Ampang Lookout Point kini telah ditutup. Khabarnya ada pertikaian berkenaan hartanah. Satu berita sedih buat yang belum berpeluang untuk ke sana.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen