Saturday, November 13, 2010

Mencari Sunrise di Bukit Broga

Sebagai seorang yang dahagakan adventure, saya selalu mencari peluang untuk beraktiviti luar.
Ditakdirkan housemate pun jenis yang sama, akhirnya terbentuklah team dengan satu misi.

Misi mencari matahari terbit di Bukit Broga.

Baik punya planning, saya pulak yang terbangun lewat. Menyampah betul. Nasiblah sempat kejar.

Seawal 5-6 pagi, dah ada beratus-ratus pendaki di sekitar Bukit Broga ni. Walaupun jalannya gelap, tapi takdelah menakutkan. Kawasan parking ada dibuka di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Perlu bayar ya.

Antara perkara yang wajib dibawa semasa mendaki Bukit Broga terutama yang membawa misi mencari matahari terbit:

  1. Torch light - susah kalau takde. Tapi kalau terlupa, kat ladang kelapa sawit tu ada je yang jual.
  2. Camera - kenapa tak bawak?
  3. Keazaman dan stamina - kalau takde pun takpe sebab bukit sahaja pun.
  4. Air & makanan - kat puncak tu takde orang jual makanan/air ya.
Kami start daki sekitar 6:30am dan sampai di puncak Bukit Broga around 7:00am.
Petua saya untuk tidak penat adalah jangan minum atau makan sebelum/semasa mendaki. 

Enjoylah gambar kenangan saya bersama rakan-rakan semasa mendaki Bukit Broga.
Misi kami gagal sebab cuaca mendung, matahari tak keluar-keluar. 😭

PENGAJARAN: Periksalah ramalan cuaca terlebih dahulu.


 









No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen