Tuesday, November 9, 2010

Seri Aida Spa (Bandar Baru Bangi)

Bercakap tentang spa, perempuan mana yang tak suka spa.
Siapa cakap tak suka tu mesti sedang tipu diri sendiri.
Seorang aktivis wanita yang tegas dan ganas sekalipun pasti teringin juga wajah dan badan dimanjakan di spa.

Macam-macam jenis spa yang ada di Malaysia ni.
Dari yang murah sehingga yang mahal.
Ada yang buat rawatan tradisional, ada yang buat rawatan dengan teknologi mesin canggih.
Semua pun ok, kalau tak membazir.

Kalau artis atau model, boleh lah ke spa selalu untuk overhaul atau repair mana-mana yang patut.
Sebab wajah tu perlu cantik untuk cari rezeki.
Kalau engineer selebet macam saya ni sekadar untuk suka-suka atau lepas stress je.
Especially bila dalam spa, bau wangi dan musicnya sangat tenang.
Lepas tu orang pulak belai-belai muka kita.
Dengan sejuk aircond lagi. Sampai rasa nak tertidur.

Pernah juga sampai terdengar orang sebelah berdengkur. Terkejut akak!

Kalau tanya saya, saya cuma selesa dengan satu spa je di Bangi ni iaitu Seri Aida Spa di Diamond Complex, iaitu bangunan lot bersebelahan Warta (sekarang ditukar namanya jadi Kipmall).
Di Seri Aida Spa ni ada macam-macam jenis rawatan, dari muka ke badan sampailah rawatan resdung.
Mandi susu pun ada untuk si bakal pengantin.
Pernahlah saya buat dulu (lulur dan mandi susu) sebelum kahwin - wah memang menjadi!
Kulit jadi cerah tapi cuma tahan beberapa hari sahaja sebabnya dah memang kulit asal pun tak cerah 😅

Rawatan yang saya selalu buat setiap kali datang adalah diamond peeling.
Diamond peeling ni tujuannya nak buang kulit mati, iaitu lapisan kulit paling teratas supaya dapat rangsang pertumbuhan kulit baru yang lebih elok. Seeloknya lepas buat diamond peeling ni, dalam masa 24 jam janganlah berjemur atau pakai make-up.

Rawatan diamond peeling ni cuma RM50 jer, rawatan selama 45 minit.
Rutin rawatannya:
  • Clearkan make-up
  • Cuci muka
  • Wapkan muka untuk buka pori-pori
  • Diamond peeling guna machine
  • Masker (jenis yang sejuk macam ais, baunya agak minty)
  • Massage muka (boleh tambah serum, cuma tambah RM10)
Seri Aida ni turut ada produk kecantikan sendiri.
Bagus juga, saya pernah cuba. Harga pun dalam kategori average.
Tapi kurang sesuai untuk saya yang berwajah berparut-parut ni.
Parut memarut ni hasil mengutil-ngutil muka depan TV time bosan. Tabiat buruk yang sukar dikikis hihi.
So, saya kenalah pakai produk yang power dia kuat sikit.

By the way, selepas selesai bayar, pelanggan akan dapat kad appointment.
Bagi yang buat rawatan sebanyak 3 kali dalam 2 bulan, dan daripada 3 rawatan tu adalah rawatan yang sama, layak dapat 1 free facial.
Tarikh free facial ni ditentukan oleh pihak spa.

Siapa kaki spa, bolehlah guna peluang ni. Bagi yang nakkan maklumat lokasi dan telefon, bolehla refer kat bawah ni. 👇🏼


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen