Monday, April 5, 2021

WEALTH CARD PUBLIC GOLD

APA ITU WEALTH CARD GOLD BAR 0.5G PUBLIC GOLD

Gais, bila ada promosi dealer Public Gold, antara item yang perlu dibeli adalah Wealth Card. Jadi saya selalu dapat soalan berkenaan Wealth Card.


Apa itu Wealth Card?

Wealth card ibarat kad nama dealer.

Wealth card mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut 🤩🤩🤩

Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350.

  1. Ada baucer diskaun beli emas RM10 x 10 pcs
  2. Ada baucer diskaun beli silver RM20 x 10 pc
  3. Adab baucer diskaun PGMall RM10 x 5 pc
Baucer ini sah untuk tempoh setahun.


𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐮𝐜𝐞𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐝.

1. Outright purchase - Boleh guna (sekeping) ✅✅
2. Pembelian emas GAP  / pengeluaran (pembayaran gold premium) akaun GAP - Tidak boleh ❌❌
3. Belian emas/perak secara EPP4X/EPP10X : Ya boleh ✅

NOTA: Hanya 1 baucer diskaun dibenarkan untuk satu sales order EPP (𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑎-𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 (𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎), 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-2 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑎𝑗𝑒𝑟.

4. Baucer tidak boleh digunakan untuk pembelian emas/perak semasa promosi (contohnya promosi waiver EPP premium)

𝐏/S: 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐥𝐨𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐞 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐫𝐢.


Jika berhasrat hendak menyimpan emas ataupun menjadi dealer Public Gold, boleh terus WhatsApp saya untuk saya guide langkah demi langkah atau boleh terus mendaftar sendiri di link ini.

Daftar sendiri --> https://bit.ly/2QXcD39

Nazira Yaacob (PG00386737)

Sunday, April 4, 2021

MEMBELI DOMAIN .COM DAN LINK KEPADA BLOGSPOT

Awak membaca blog saya menerusi naazyra.com. Hakikatnya saya edit semua contents saya menggunakan blog platform di www.blogspot.com. Website sebenarnya saya adalah www.naazyra.blogspot.com.

Akan tetapi oleh kerana saya ingin blog saya bernilai komersial, jadi saya memilih untuk meletakkan domain .com. Selain .com awak pun boleh memilih domain extension lain seperti .my, .com.my, .net, .info, .xyz dan sebagainya. 

Awak cuba perlu google sahaja "domain", nanti keluarlah pelbagai domain provider sama ada dari luar negara mahupun dari Malaysia. Antara provider dari Malaysia:
  • GoDaddy
  • Exabytes
  • Shinjuru
  • MyNIC
  • Domainplus
  • Webserver.com.my
  • Yeahhost
  • Jimathosting

Saya beli di Jimathosting.



JANGAN TERUS BELI DOMAIN

Sebelum awak membeli domain, ciptalah dahulu blog awak sama ada menggunakan platform blog percuma seperti Blogspot, Wordpress, Wix, Strikingly dan bermacam lagi. Cuba explore 2-3 pilihan dan cuba mana yang mudah digunakan, lain orang lain citarasanya.

Jika awak memilih Blogspot, boleh terus membeli domain dengan Google untuk lebih mudah.


SURVEY HARGA DOMAIN TERBAIK

Domain dengan nama yang tiada nilai perniagaan mungkin boleh dibeli pada harga biasa. Misalnya domain naazyra.com boleh dibeli pada harga RM45 untuk setahun. Lepas setahun perlu renew jika tidak ia akan bebas untuk dibeli oleh orang lain pula..Namun bagi nama domain yang mempunyai nilai tinggi ia boleh mencecah beribu dan berpuluh ribu ringgit. Terpulang pada strategi dan kenapa awak hendak nama domain tersebut. Jika sekadar suka-suka, pilihlah domain yang harganya tidak begitu mahal. 

Survey harga domain kerana lain domain extension lain harganya. Lain provider juga lain harganya. Ada yang beri diskaun jika bayar harga domain untuk 3-5 tahun sekaligus.


LINK DOMAIN KEPADA BLOGSPOT

Setelah berjaya membeli domain tersebut, ia tidak automatik pergi ke blog platform awak. Ada beberapa setting mudah yang perlu dilakukan. Di sini saya beri panduan untuk Blogspot.

NOTA: Jika awak memilih Blogspot, boleh terus membeli domain dengan Google untuk lebih mudah.

Oleh kerana saya membeli domain di jimathosting.com, saya ada beberapa setting saya perlu lakukan.



Langkah 1

Buka setting Blogspot awak, iaitu di sebelah kiri. Bila sudah klik, cari bahagian 'Publishing' di sebelah kanan.


Klik pada Custom domain dan masukkan nama domain yang telah dibeli, contohnya www.naazyra.com



Selepas memasukkan nama domain dan klik SAVE, akan keluar error seperti di bawah ini. Langkah seterusnya adalah awak perlu buka website di mana awak membeli domain tersebut. Dalam contoh ini saya membeli dari jimathosting.com. Jadi, saya perlu login ke website tersebut untuk saya membuat setting seperti saranan error di bawah.


Langkah 2

Buka website domain provider awak dan login. Contoh dashboard saya di jimathosting.com





Saya perlu klik di lambang domain (kotak kedua di tengah) dan mencari DNS Management. Klik di Manage Domain.



Dan klik di DNS Management.



Perhatikan di line ke-5 dan ke-6 (CNAME (Alias) yang perlu kita setting seperti dalam error di Blogspot tadi. 



Untuk membolehkan website awak redirect dari naazyra.com kepada www.naazyra.com, masukkan setting seperti di atas iaitu dari Line 1 hingga 4 (A (Address)).

Bagi setting CNAME (Alias) pula, masukkan Host Name dan Address seperti error yang tertera semasa di Blogspot tadi. Host Name dan Address ini adalah unik dan hanya untuk blog awak. Copy paste dari error tersebut. Saya beri contoh error seperti di bawah sekali lagi. 2 kotak biru tersebut adalah Host Name dan Address yang perlu awak copy dan paste. Untuk satu lagi setting CNAME ghs.google.com 

Pada masa ini kita masih belum berjaya untuk set custom domain di Blogspot kerana DNS setting masih belum updated.  Berikan masa 1 jam untuk DNS setting ni updated ke akaun Blogspot awak.

Dalam 1 jam itu bolehlah minum coffee, start buat posting blog, susun blog awak cantik-cantik atau atau jemput baca blog saya berkenaan produk Aloe Vera untuk kesihatan yang memang bagus untuk diri awak dan sekeluarga.


Langkah 3

Ulangi Langkah 1 - buka setting Blogspot awak, cari bahagian 'Publishing', kemudian klik Custom Domain then masukkan domain awak berserta www. Bila sudah SAVE dan tiada error ini bermakna DNS setting betul dan berjaya. Hasil akhir seperti di bawah. Jangan lupa enable kan Redirect Domain.


Beri masa untuk domain tersebut boleh diakses. Untuk mengetahui perkembangan boleh juga check di www.dnschecker.org.

Akhir sekali, tahniah! Awak dah ada website yang ada domain sendiri yang berbayar.